Posts

Showing posts from November, 2020

Dokumen anda hilang tiba-tiba dalam Pendrive ?

Image
  Sangatlah menyakitkan hati bukan? Apabila kita menyambung pendrive ke dalam komputer untuk guna kandungan di dalamnya, namun kita dapati segala fail dan dokumen hilang bagaikan pendrive kosong. Lebih memedihkan hati lagi apabila dokumen-dokumen tersebut penting semacam maklumat akaun mahupun fail kerja. Mengapa ini terjadi? Pendrive anda sebenarnya sudah terinfeksi virus. Kebiasaannya terjadi apabila pendrive tersebut kerap digunakan pada komputer yang berlainan sehingga terinfeksi dengan komputer yang sudah mengandungi virus. Virus Trojan atau Worm ?? Itu tidak penting, yang pastinya kedua-keduanya tetaplah virus. Lebih parah lagi jika komputer anda sendiri yang mengandungi virus. Sudah pasti kita akan stress dan geram sendiri ditambah pilu resah di dalam hati, tapi itu bukan penyelesaiannya. Kita akan terus format pendrive dengan hati yang tidak rela berserta pasrah. Hati akan terguris dan menitiskan air mata semasa membuat pilihan untuk format. Maka, hilanglah segala mem...

Relevankah memiliki sesebuah peranti berteknologi tanpa wayar?

Image
  Penghasilan peranti berteknologi tanpa wayar pada era ini nampaknya semakin bertambah dan berkembang, tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Teknologi berasaskan gelombang ini bukanlah suatu teknologi baru, ia hanyalah suatu inovasi yang dibuat secara meluas sesuai dengan perkembangan teknologi ketika ini. Teknologi ini telah digunakan untuk alat-alat elektronik seperti alat kawalan televisyen, radio amatur, satelit angkasa, dan banyak lagi.  Teknologi ini juga telah dikembangkan ke dalam peranti telefon bimbit. Suatu ketika dahulu, teknologi berasaskan gelombang infra merah disematkan ke dalam setiap peranti ini. Isi sekaligus memudahkan pengguna memindahkan data dari peranti ke peranti yang lain dengan mudah dan cepat.Kemudian teknologi bluetooth pula diperkenalkan dan proses pemindahan dapat dilakukan dengan lebih cepat berbanding gelombang infra merah. Seterusnya wujud pula teknologi NFC ( Near Field Communication ) yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Kini, lebih ba...

Berapakah kapasiti sebenar storan yang anda perlukan untuk peranti telefon pintar?

Image
  Dari semasa ke semasa, pengeluar peranti telefon pintar khususnya berlumba-lumba menghasilkan model terbaik mereka untuk menarik minat pengguna. Pelbagai kemaskini serta modifikasi dilakukan dari model ke model sehinggakan kita bingung untuk berbelanja. Dari segi spesifikasi yang ditawarkan, rekabentuk, dan corak warna, cukup untuk mengejek peranti semasa yang kita gunakan. Kita merasakan seolah-olah peranti yang kita gunakan agak ketinggalan walaupun pengeluaran baru sahaja sekitar 3 bulan lepas. Salah satu punca utama kita memilih untuk memiliki peranti baru adalah kapasiti ruang simpanan yang ditawarkan atau lebih dikenali dengan storan dalaman. Untuk tahun 2020 ini, rata-rata pengguna memilih peranti dengan kapasiti storan dalaman sekurang-kurangnya 64Gb. Ini disebabkan fail-fail kemaskini serta aplikasi yang diguna mempunyai saiz muat turun yang besar. Sememangnya diakui bahawa peranti yang mempunyai kapasiti kurang daripada 64Gb sudah tidak relevan untuk dihasilkan bahkan p...

Bersediakah kita untuk jaringan 5G?

Image
  Jaringan internet 5G merupakan suatu evolusi terbaru dalam jaringan penghubung data. Sedar atau tidak, sudah lebih 10 tahun kita menikmati jaringan internet 4G. Kini, ia mengalami evolusi kelima yang mana akan memuatkan lebih banyak data boleh dialirkan dalam suatu masa.  Jaringan 5G juga secara asasnya dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada jaringan sebelumnya. Urusan di media maya tentulah lebih lancar dan kurang gangguan. Pada tahun ini, peranti-peranti juga ada yang sudah dicipta dapat menyokong jaringan ini. Namun, adakah ini masa yang sesuai untuk kita berpindah dari peranti sedia ada kepada peranti dengan sokongan 5G?  Sebelum itu, kita perlu tahu bahawa teknologi ini masih diperingkat pengenalan dan penyesuaian. Jaringan 5G juga masih dalam proses pengembangan jalur lebarnya. Jangan mudah terliur dengan tawaran peranti 5G untuk masa ini. Harganya juga masih belum mencapai tahap kompetitif. Ramai yang telah mempromosikan peranti 5G waktu ini...

Tahun 2020 Bermulanya Era Peranti

Image
          Peranti merupakan suatu alat multitelekomunikasi pada ketika ini. Suatu masa dahulu, kita mengenali peranti adalah suatu teknologi yang khusus terhadap fungsinya. Kini, seiring berkembang pesatnya teknologi-teknologi bersifat pemula dan inovatif dari semasa ke semasa, peranti bertindak sebagai medium penting dalam menterjemahkan penemuan teknologi ini. Terdapat beberapa peranti mudah alih dipasaran kini yang sudah bertukar status daripada kehendak kepada keperluan. Antaranya komputer , telefon pintar, tablet. Masing-masing mempunyai fungsi-fungsi penting dalam urusan kita seharian. Urusan dokumentasi juga sudah boleh dilakukan secara digital, lebih rapi, dan kemas. Dahulu segala catatan dokumentasi kita rekodkan secara cetakan fizikal, ia memerlukan kertas yang banyak sekaligus menyebabkan penebangan pokok yang tidak terkawal dan merosakkan alam. Ruang tempat kerja juga menjadi sempit dan kurang tersusun kerana memerlukan banyak ruang untuk menyim...