Bersediakah kita untuk jaringan 5G?

 
Jaringan internet 5G merupakan suatu evolusi terbaru dalam jaringan penghubung data. Sedar atau tidak, sudah lebih 10 tahun kita menikmati jaringan internet 4G. Kini, ia mengalami evolusi kelima yang mana akan memuatkan lebih banyak data boleh dialirkan dalam suatu masa. 

Jaringan 5G juga secara asasnya dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada jaringan sebelumnya. Urusan di media maya tentulah lebih lancar dan kurang gangguan. Pada tahun ini, peranti-peranti juga ada yang sudah dicipta dapat menyokong jaringan ini. Namun, adakah ini masa yang sesuai untuk kita berpindah dari peranti sedia ada kepada peranti dengan sokongan 5G? 

Sebelum itu, kita perlu tahu bahawa teknologi ini masih diperingkat pengenalan dan penyesuaian. Jaringan 5G juga masih dalam proses pengembangan jalur lebarnya. Jangan mudah terliur dengan tawaran peranti 5G untuk masa ini. Harganya juga masih belum mencapai tahap kompetitif.

Ramai yang telah mempromosikan peranti 5G waktu ini, namun tiada keperluan untuk kita memilikinya sekarang. Jangan terpengaruh dengan "influencer" untuk memiliki peranti itu buat masa ini. Simpan dulu duit anda untuk sementara ini. Pada pandangan saya, setelah jalur lebar 5G ini sudah meluas, akan ada lambakan peranti-peranti 5G dari pelbagai jenama akan dipasarkan dan yang pastinya, pasaran akan menjadi lebih kompetitif dan harga juga menjadi murah dan mampu milik. 

Usah risau sekarang, akan ada lambakan peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan dijual dengan murah pada waktu itu dan kesemuanya dapat menyokong jaringan 5G. Bersabar dululah ya.

Comments