Berapakah kapasiti sebenar storan yang anda perlukan untuk peranti telefon pintar?
Dari semasa ke semasa, pengeluar peranti telefon pintar khususnya berlumba-lumba menghasilkan model terbaik mereka untuk menarik minat pengguna. Pelbagai kemaskini serta modifikasi dilakukan dari model ke model sehinggakan kita bingung untuk berbelanja. Dari segi spesifikasi yang ditawarkan, rekabentuk, dan corak warna, cukup untuk mengejek peranti semasa yang kita gunakan. Kita merasakan seolah-olah peranti yang kita gunakan agak ketinggalan walaupun pengeluaran baru sahaja sekitar 3 bulan lepas.
Salah satu punca utama kita memilih untuk memiliki peranti baru adalah kapasiti ruang simpanan yang ditawarkan atau lebih dikenali dengan storan dalaman. Untuk tahun 2020 ini, rata-rata pengguna memilih peranti dengan kapasiti storan dalaman sekurang-kurangnya 64Gb. Ini disebabkan fail-fail kemaskini serta aplikasi yang diguna mempunyai saiz muat turun yang besar. Sememangnya diakui bahawa peranti yang mempunyai kapasiti kurang daripada 64Gb sudah tidak relevan untuk dihasilkan bahkan pengguna tidak berminat untuk memilikinya.
Sekarang ini, peranti-peranti ini boleh didapati dengan kapasiti 64Gb, 128Gb, 256Gb, dan 512Gb. Ada juga pengeluar yang masih meletakkan slot memori luaran tambahan sekiranya pengguna memerlukannya. Persoalannya, apakah kita benar-benar memerlukan storan super besar untuk peranti kita? Berapa ribu aplikasi anda perlukan untuk berada di dapat peranti anda? Adakah antara kita yang gemar memuat turun kesemua aplikasi yang ada di medium seperti Apple Store, Google Store, Huawei Gallery App, Microsoft Store dan lain-lain? Rata-rata pengguna hanyalah guna tidak lebih dari 15 aplikasi sebagai rutin. Atau anda tidak tahu cara untuk membuang gambar-gambar dan video yang tidak diperlukan. Jangan jadikan peranti anda sebagai pusat pengkalan data.
Sebenarnya, anda tidak memerlukan memori yang terlalu besar untuk peranti anda. Apabila kita terlalu banyak menyimpan data dalam peranti, peranti tidak lagi dapat berfungsi secara optimum. Video-video yang telah dirakam boleh disimpan ke dalam storan luar sebagai arkib. Kita boleh memindahkan video tersebut ke komputer, dan boleh juga disimpan ke hard disk. Penggemar e-sukan juga tidaklah sampai 20 game dimuat turun dalam peranti.
Data-data seperti gambar dan video juga boleh disimpan di dalam storan atas talian seperti Google Drive, One Drive, Oppo Cloud, iCloud dan banyak lagi. Setiap pemilik akaun Google misalnya, anda telah dibekalkan 15gb storan secara percuma tanpa luput yang mana anda boleh guna untuk menyimpan segala data penting termasuk gambar dan video. Anda guna boleh melanggan secara bulanan untuk storan yang lebih besar. Aplikasi Google Photo memberikan anda dua pilihan sama ada ingin menyimpan gambar dan video anda secara saiz fail asal mahupun secara optima. Jika anda memilih untuk fungsi optima, saiz fail tersebut akan dikecilkan sedikit tanpa menjejaskan kualiti gambar atau video anda dan anda boleh menyimpannya dengan kapasiti tanpa had. Ia tidak akan menjejaskan kapasiti 15gb storan yang diberikan tadi. Anda juga boleh memilih untuk menyimpan dengan mengekalkan saiz fail terbabit. Untuk pilihan ini, ia akan menggunakan kapasiti storan yang diberikan.
Comments
Post a Comment