Tahun 2020 Bermulanya Era Peranti

       

Peranti merupakan suatu alat multitelekomunikasi pada ketika ini. Suatu masa dahulu, kita mengenali peranti adalah suatu teknologi yang khusus terhadap fungsinya. Kini, seiring berkembang pesatnya teknologi-teknologi bersifat pemula dan inovatif dari semasa ke semasa, peranti bertindak sebagai medium penting dalam menterjemahkan penemuan teknologi ini.

Terdapat beberapa peranti mudah alih dipasaran kini yang sudah bertukar status daripada kehendak kepada keperluan. Antaranya komputer , telefon pintar, tablet. Masing-masing mempunyai fungsi-fungsi penting dalam urusan kita seharian. Urusan dokumentasi juga sudah boleh dilakukan secara digital, lebih rapi, dan kemas.

Dahulu segala catatan dokumentasi kita rekodkan secara cetakan fizikal, ia memerlukan kertas yang banyak sekaligus menyebabkan penebangan pokok yang tidak terkawal dan merosakkan alam. Ruang tempat kerja juga menjadi sempit dan kurang tersusun kerana memerlukan banyak ruang untuk menyimpan rekod secara fizikal. 

 Kini, segala dokumentasi sudah boleh dilakukan melalui peranti pintar. Fail juga boleh disimpan di dalam peranti pintar dan paling penting, ia lebih selamat. Tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang besar untuk membina satu ruang khas untuk menyimpan rekod-rekod fizikal. Dengan memanfaatkan teknologi yang ada pada era ini, pengurusan kerja akan lebih baik, terurus, dan selamat. Sebelum tahun 2020, itu hanyalah merupakan era pengenalan kepada peranti. Bermula 2020, ini masanya untuk memaksimakan fungsi peranti. 

Comments