Dokumen anda hilang tiba-tiba dalam Pendrive ?
Sangatlah menyakitkan hati bukan? Apabila kita menyambung pendrive ke dalam komputer untuk guna kandungan di dalamnya, namun kita dapati segala fail dan dokumen hilang bagaikan pendrive kosong. Lebih memedihkan hati lagi apabila dokumen-dokumen tersebut penting semacam maklumat akaun mahupun fail kerja. Mengapa ini terjadi?
Pendrive anda sebenarnya sudah terinfeksi virus. Kebiasaannya terjadi apabila pendrive tersebut kerap digunakan pada komputer yang berlainan sehingga terinfeksi dengan komputer yang sudah mengandungi virus. Virus Trojan atau Worm?? Itu tidak penting, yang pastinya kedua-keduanya tetaplah virus. Lebih parah lagi jika komputer anda sendiri yang mengandungi virus.
Sudah pasti kita akan stress dan geram sendiri ditambah pilu resah di dalam hati, tapi itu bukan penyelesaiannya. Kita akan terus format pendrive dengan hati yang tidak rela berserta pasrah. Hati akan terguris dan menitiskan air mata semasa membuat pilihan untuk format. Maka, hilanglah segala memori-memori terindah semasa menyimpan dokumen atau sebarang data di dalam pendrive itu. Pendrive akan kembali kosong dengan kapasiti asal bagaikan baru sahaja dibeli. Ahhh... "here we go again".
Tahukah anda, anda tidak perlu sebenarnya untuk melakukan tetapan semula pendrive anda. Tidak perlu panik dan gundah gulana, Anda boleh dapatkan semula dokumen-dokumen anda apabila berhadapan dengan situasi ini. Ikuti langkah-langkah ini:
1. klik search icon pada komputer anda.
2. Taip CMD pada ruang carian itu.
3. Ketik tetikus kanan, pilih masuk sebagai administrator dan ketik masuk. sekiranya ada pop-up, pilih yes tanpa ragu-ragu.
4. CMD akan menunjukkan paparan seperti ini:
5. Pada paparan ini anda taip:
attrib -h -s -r -a /s /d ?:\*.*
(tukarkan tanda ? kepada nama slot pendrive anda)
contoh: attrib -h -s -r -a /s /d D:\*.*
6. Tekan enter. Beberapa ketika, periksa kembali kandungan pendrive anda dan segala maklumat yang hilang akan muncul semula.
Mudahkan? Langkah ini tidak akan berjaya sekiranya anda tidak menyambungkan terlebih dahulu pendrive anda ke komputer sebelum melakukannya.
Comments
Post a Comment