Relevankah memiliki sesebuah peranti berteknologi tanpa wayar?

 


Penghasilan peranti berteknologi tanpa wayar pada era ini nampaknya semakin bertambah dan berkembang, tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Teknologi berasaskan gelombang ini bukanlah suatu teknologi baru, ia hanyalah suatu inovasi yang dibuat secara meluas sesuai dengan perkembangan teknologi ketika ini. Teknologi ini telah digunakan untuk alat-alat elektronik seperti alat kawalan televisyen, radio amatur, satelit angkasa, dan banyak lagi. 

Teknologi ini juga telah dikembangkan ke dalam peranti telefon bimbit. Suatu ketika dahulu, teknologi berasaskan gelombang infra merah disematkan ke dalam setiap peranti ini. Isi sekaligus memudahkan pengguna memindahkan data dari peranti ke peranti yang lain dengan mudah dan cepat.Kemudian teknologi bluetooth pula diperkenalkan dan proses pemindahan dapat dilakukan dengan lebih cepat berbanding gelombang infra merah. Seterusnya wujud pula teknologi NFC (Near Field Communication) yang mempunyai fungsi yang hampir sama.

Kini, lebih banyak alatan elektronik yang dihasilkan sudah mempunyai teknologi gelombang ini. Antaranya pembesar suara, mikrofon, pengecas peranti telefon pintar, papan kekunci, tetikus, modem internet, dan macam-macam lagi.

Banyak kelebihan-kelebihan alatan elektronik yang memiliki teknologi ini. Antaranya:

- dapat menjimatkan penggunaan elektrik secara langsung.

- dapat digunakan di tempat yang tidak menyediakan sumber elektrik.

- ruang tempat lebih ergonomik dan kemas.

- mengurangkan risiko terkena renjatan elektrik berkuasa besar.

- mengurangkan kekerapan sambungan kabel terhadap peranti membolehkan peranti  

   mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

- dapat menyelamatkan peranti daripada terkena arus litar pintas.

- tidak memerlukan ruang simpanan yang banyak untuk menyimpan alat tersebut.

Banyak kelebihan dan kemudahan yang dapat dinikmati pengguna berbanding kelemahan. Teknologi ini juga semakin hari semakin ditambahbaik fungsinya. Jadi, tidak perlulah bimbang dengan mitos-mitos gelombang yang pernah bertebaran dan menghantui fikiran kita. Teknologi yang dihasilkan telah terbukti selamat untuk diguna secara meluas dan tidak tidak menjejaskan ekosistem alam lain. Setiap teknologi yang dihasilkan pada era ini, ia telah melalui beberapa fasa kawalan kualiti piawaian tinggi sebelum ia lulus untuk berada di pasaran.

Comments